27 April 2012

Research kat Kuala Gandah (26 Nov 2011)

Okay, pasal jalan-jalan lagi ~

Kali nie kita pegi Kuala Gandah pulak. actually ni untuk subject yang aku amek -- Sustainable Tourism.

Motif pegi tempat ni? untuk buat research lor ~ 
research pasal gajah ??? Bukan !!! research pasal macam mana nak sustain kan tempat ni, and segala-galanya lah~ haha.

kalau nak Google, cari Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary.
lokasi dia kat Lancang, Pahang. Lebih kurang 2 jam je kalau drive dari Kuala Lumpur.

ape yang menariknya kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ni?
ada beberapa aktiviti menarik yang pengunjung boleh buat sepanjang kat sini. aktiviti mandikan gajah, naik gajah and bagi gajah makan. 

untuk aktiviti naik gajah, ia hanya limit untuk 50 orang terawal sahaja kot? tertanya-tanya jugak aku kenapa limit. mungkin sebab gajah tu akan mula berasa penat dan bosan sebab asyik pusing-pusing kat situ jek. mesti gajah tu akan sakit pinggang jugak kan sebab ramai sangat yang naik atas dia? saiz orang yang naik pun ada macam-macam. hahaha >.<

ni sign board ke Kuala Gandah

gajah dibawa jalan-jalan dulu :)

geli-geleman!
para pengunjung :)
gajah dimandikan sebab kotor woo~
budak kecik pun berani okay ~ :p
okay, tunggu turn!
takut ... :(
cover cuak tuhh!
snap picture dengan si comel pulak ~
jom shopping! >.<

okay, actually hari yang kitorang pergi ni tadek aktiviti mandi dengan gajah sebab baru lepas hujan. so air sungai agak tak selamat untuk kami kot .. hehe .. 

tempat ni buka setiap hari, dari jam 08.00am sampai 04.30pm .. tapi pengunjung lebih elok datang jam 12.00pm sebab aktiviti mula jam 02.00pm .. 

sangat best!!

Cuti-cuti ke Bukit Malawati,Kuala Selangor!

Benda nie berlaku akibat daripada stress buat Project Paper. saje nak release stress okay. hahaha >.<

Project Paper?? okay, benda tu nanti aku akan explain (nanti tu maknanya next blog ar~)

Bukit Malawati . salah satu tempat menarik yang wajib and perlu dilawati. sebabnya??
sebabnya banyak bende bersejarah kat atas tuhh ~
satu lagi tarikan utamanya - silver leaf monkey atau lotong?! yeayyy ~. . . . . .

jangan risau .. mereka tak ganas or kasar okay . sangat jinak and boleh dibelai macam kucing! haha. Tak percaya? haaa nengok sendiri bawah ni . aku dan group member aku dah buktikannya . >.<

ini beruk. dengan dorang jangan main-main. tak jinak punye :p

ini view yang boleh dilihat dari Bukit Malawati :)

haaa ~ ni la silver leaf monkey tu :) yang oren tu baby die . pelik? hehe

haa ~ banyak kan? budak ni dh macam pengembala monyet dah . hahah
kami beli sayur kacang bagi monyet tu makan. memang ade jual kt atas..
tempat berteduh :)
mengunyah di depan rumah api :)
haha , Ika mangsa pertama!
yeayy , panjat-panjat ~ >.<
okay, itu aku!!
pasrah! panjat la selagi korang boleh :p
haha . itu Mack!
Mack yang tadek perasaan :(
kucing kat umah aku pun tak gedik camni!

tumpang kereta yer ~
sorang sekor :p
tourist :)




Tamat sudahh ~ okay, untuk info korang .. Bukit Malawati nie buka setiap hari. kat atas ni banyak lagi attraction lain termasulah muzium tentang Kuala Selangor, muzium permainan traditional, Makam kerabat diRaja, meriam api, and macam-macam lagi .

Isnin - Jumaat : kereta boleh bawak sampai atas bukit. free tanpa sebarang bayaran.
Sabtu - Ahad : kereta tak boleh naik atas. pengunjung kena naik keretapi yang disediakan. RM5.00 saje sorang .. tadek had limit untuk korang berada kat atas tuhh :)