31 July 2011

Si Dia ♥

Tadek ape dah yang boleh aku ungkapkan, melainkan - aku rindu dia!

walaweyh, sumpah aku rindu die .. tak sabar rasanya nak tunggu die balek dari ibadah umrah .. sumpah aku rindu die.

orang yang sangat tak pernah aku jangka, tak pernah terlintas dalam pale hotak aku, itu la orang yang dah berjaya rembat hati aku .. aku happy hatiku dirembat oleh orang yang tepat .. hahaha .. boleh camtu? cettt!


betapa rindunye aku kat meset² pesanan die, kat panggilan telefon die, kat kedengkian die, kat macam² lah .. tapi sepanjang die jauh nie, aku hanya mampu mendengar rakaman suara sepanjang perbualan aku dan die dan jugak hanya mampu membace meset² dari die.
- aku rindu dia!

mengenali diri die, banyak mengubah diri aku jugak .. daripada aku sorang yang tak berapa degil, menjadi super-dupper degil [manja sangat!] .. daripada aku sorang yang tak berapa taat, menjadi sorang yang taat [alhamdulillah] .. daripada aku sorang yang tido awal, menjadi sorang yang tido telebih awal, dan blablabla ~ betapa hebatnye penangan si dia!


**********

si dia - seorang yang sangat lain bagi aku. die bertanggungjawab,ade masa depan,ade impian, dan yang paling menangkap jiwa aku, iman die. aku jatuh cinta pada iman die. dan aku pasti, si die juga secara tak langsung dah menambat hati mama ku. 


**********



1st simbol 'LOVE' dr si dia 

sangat kelakar bile diingat balek kisah aku dan die .. giler pemalu,ngade² dan dua² pemendam rasa .. aku rasa nak tampar die laju² .. geram dowh!

hmmph,tapi tu lah .. perasaan nie tak boleh nak dipendam lame² .. manyak sakit! so nak tanak, kene luahkan jugak. aku sentiasa berdoa supaya Allah S.W.T membukakan pintu hatinya untuk menerima cinta .. sebab,die tak pernah bercinta .. aku pulak dah terlekat ngan gelaran - Ayu,si doctor love. hampehh nye budak² ~


 



[ 11 July 2011,03.00am++ ]
cinta termeterai .. aku rase aku orang yang paling gumbira dan tak terkata kot masa tu .. tapi semuanya masih terkawal .. malu kot kalau kantoi ngan si dia .. haha [gatal!]





kalo rindu,nengok org lidi
tadek ape dah yang mampu aku luahkan ..
sungguh, aku sayang die .. dan perasaan nie benar² ikhlas dari hati .. dan keikhlasan yang aku rasa amat sangat lain .. terima kasih Allah .. aku bersyukur pada Allah kerana menghadirkan die dalam hidup aku .. sungguh aku ingin die menjadi kekasih halal ku .. dan aku sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa mempermudahkan niat dan jalan kami. Amin ~ -_-








jiwang tak aku?!
cettt ..!! hampehh~



" mule² Allah menghadirkan orang yang salah dulu pada kita, supaya kite boleh mengambil pengajaran dan pengalaman dari kesalahan itu. lalu Allah akan hadirkan orang yang benar² tepat dan diciptakan untuk kita, agar kite boleh merasai dan menghargai kasih sayang daripada orang yang benar² mencintai kita. "


Ya Allah , Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya





30 July 2011

Gangguan Syaitan Tika Sakaratul Maut!

Dah jadi rutin harian aku tiap kali bangun tido je terus tekan button yang menunjukkan simbol ON kat lappy kesayangan aku nie. Dah nak kat 4 taun jugak la die berkhidmat untuk aku .. aku sayang sangat² kat die.


Macam biase bende 1st yang aku buka -MukaBuku.


Belek punye belek, tup² aku terjumpe balek artikel yang aku nak baca pada ari semalamnya. [right click - Open in New Tab] ahahh! boleh pun buka. "hmmm .. 13 Aurat Wanita" , macam menarik untuk dibaca -Habis.


Settle satu topic, cari² lagi topic lain untuk ditambah ilmu di dada .. "Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut" .. haa~ ini lebih menarik! habis je bace terus buat aku terasa nak share bende nie ngan orang lain .. jadi, silakan menambah ilmu anda juga!



**********

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1 :
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2:
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3:
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4:
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.


Rombongan 5:
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6:
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut).

Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.


Rombongan 7:
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

**********



Haa .. amacam? seram sejuk kan? macam² yang bermain kat pale otak aku nie .. "Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik,jauhilah hambamu ini daripada sebarang gangguan syaitan yang direjam." amin ....


Okay, rini pendek punye cerita jek .. sebelum tu, terima kasih kepada informasi.my untuk info² yang berguna nie!


Adios!

29 July 2011

Trip --> Pulau Aur, Mersing !!


tido pon sodapp!

okay, nie 20 July sampai 22 July 2011 punye cerita okay.Trip ke Pulau Aur kat Mersing, Johor! haha .. memang best la weyh!



Hmm .. bende nie kolej aku nye trip sbenarnye .. di-plan oleh faculty aku untuk budak² Bachelor of Hospitality Management sahaja.. actually bende nie untuk yang amek subject hotel and tourism yang tertentu jek.. tapi aku nie kan suke menyebok .. hahaha .. bak kate lecturer aku - sir Syed Munir, "nak ikut boleh tapi underground la.." .. tak kesah la sir .. sir nk seludop saya macam mane skali pun, yang penting saya dapat ikut .. [ade aku kesah yang lain?] hehehe ..




20 July 2011

okay, dorang kata kul 7.30am dah kene ade kat kolej .. tapi hampehh ... 10 batang idung dorang pun aku tak nampak .. [janji melayu~okay.] .. tunggu punya tunggu punya tunggu .. last² kul 9.15am baru gerak. naik bas,simpan beg, ape blablabla sume .. bas pun gerak .. menuju ke Mersing .. yeayy!



[tik.tok.tik.tok]



Ya Tuhan .. berapa lama lagi perjalanan nie? .. giler lama!!! perut dah siap berkeroncong zapin Johor ft. hip-hop Too Phat lagi haaa ... giler lapar okay!



hurmm .. berkat simpati driver bas tue, akhirnya pakcik drebar pun brenti rehat stengah jam kat R&R Jejantas, Melaka.. yang nak pegi toilet,cari makanan,meliuk-lentokkan badan .. hah, silakan lah anda .. tapi stengah jam je okay ~ [settle pasal 30 minit]



okay .. selepas beberapa kali terlelap.terjaga.terlelap balek.then terjaga balek .. akhirnya sampai jugak destinasi kami .. giler nak kat 5 jam kot perjalanan dr kL-Mersing .. perhh! tak pernah dibuat aku la weyh! yang paling hampas nye .. aku [bukan aku je la, budak² lain pun] ingatkan sempat la sikit jamah masakan restoran kt Mersing tu .. tapi, jangankan jamah .. jejak kedai makan pun tidak .. adehhh ~ gastrik tahap masuk ICU aku dibuatnye weyh ....



pocik nelayan
perjalanan pun diteruskan dengan menaiki tongkang [bot laah~] pulak .. tak tau la nak kate bot ape tu .. bot nelayan? bot pukat? speed bot? hentam je laa ... yang nie lagi hebat .. nak kat 4 jam lebih haaa dok atas bot .. just nak pegi Pulau Aur tu je .. siot giler jauh ... penghuni dalam bot jangan kate la kan .. ntah muntah dah bape kali .. nasib baik aku dok bahagian luar bot .. so tadek la kes mabuk laut [alhamdulillah] ...hehe ..



[tik.tok.tik.tok]



selepas terumbang-ambing atas bot tu .. akhirnya sampai la jugak kitorg kat pulau tu .. ade la jugak nak kat kul 9.00pm ... perjalanan je dah amek 09 jam lebih .. giler dahsyat!


check in, letak beg, susun baju, bersihkan diri, and blablabla .. sume dah settle baru pegi makan pulak .. paling hampehh la bile nak amek makanan je, sume dah 99.03% licin! menghampakan hati nie sungguh! bedal je la ape yang ade .. rezeki namo ditolak ..


siap je makan .. aku dan sahabat melepakkan diri kat jeti .. tenang dan mendamaikan .. aku suke suasana nie .. pandang ke langit, Subhanallah .. cantik sungguh bintang² menghiasi malam hari .. sungguh aku sangat happy sebab aku sangat² teramat sangat suke nengok bintang .. masa berlalu, kami pun siapkan diri pulak untuk mengekor lecturer² pegi ke pulau sebelah untuk nengok 'konsert' .. haha .. jom!

indahnya malam!

21 July 2011


Tepat jam 6.00am aku dah turun dari katil double daker terus menuju ke bilik mandi .. dah siap wangi² aku gegarkan pulak yang lain untuk mandi .. sape nak mandi pakai pasir sila la bangun lewat² [air limit.lambat mandi alamat tadek air la oii!]



indahnya ciptaan Tuhan

Dalam kul 7.30am camtu kot, aku cabut pegi tepi pantai pulak .. "oh my God ...." terkedu aku sekejap ngan keindahan pulau tu .. air die .. pehhh! Cantik sungguh ciptaan Tuhan ..




ilysm!

Aku lari ke pesisir pantai ngan Nikon D90 aku .. snap sana snap sini .. kagum! mata nie tertangkap pulak kat batu² coral yang kecik² terdampar kat pasir² pantai .. terus datang idea nak buat sesuatu untuk aku dan si dia .. [jeng jeng jeng] ~ hihi ..










Selang beberapa jam .. kitorang sume bersiap untuk jungle tracking pulak .. perut dah kenyang, hati dah senang .. jom redah pulau pulak!


Habis redah pulau, kitorang naik bot pergi ke Pulau Elang pulak .. situ sangat cantik dan sesuai untuk snorkeling .. katanya lah ..


Habis setengah jam berenang-renang, berkejar-kejaran ngan ikan² .. kitorang pindah pulak pegi Pulau Dayang .. untuk bermain-main pasir di sana .. haha .. sangat best lah! pantai nye sume cantik² .. tak caye nengok gambar² tue .. hehe ..

cari ikan ke cari gamat?


Malam menjelma .. sume siapkan diri untuk ber-BBQ pulak .. time nie betol² nye hentam diner .. nasi, kepak ayam, otak², sausage, ikan bakar .. haa~ amek kau .. dah siap makan, suasana dihiasi pulak ngan suare² sumbang ... hahaha .. bagi penyumbang laa .. yang agak² rase suara merdu tu tayah la terase .. haha ..


Settle bab BBQ .. macam biase aku dok kat jeti sorang² pulak .. time nie aku tenangkan diri aku .. aku pasang earphone dengar voice record aku dan si dia .. kali nie aku betol² rindu si dia .. nak contact taleh sebab tadek line celcom langsung .. hmmph!


22 July 2011


Aku ingatkan air yang aku tadah dah penuh .. penat aku set jam pukul 6.00am last² air masih 'dikunci' lagi .. belum ade air lagi la weyhh! giler nye kedekut .. sambung tido balek .. sedar² dah kul 7.30am .. time tu baru la air ade .. cepat² besihkan diri ..



sweet!

Macam biase .. siap mandi pastu lari ke tepi pantai nak kutip siput .. pastu kumpul kat kedai makan pulak selepas loceng dibunyikan .. aku happy giler sebab terjumpe sepasang siput yang cantik! satu bersaiz besar and satu lagi bersaiz agak kecik .. haa~ time nie ... satu untuk si dia dan satu lagi untuk aku la! hihi ..




ikan paus! haha ..
Siap makan ape sume, aku dan sahabat kemas² barang and masukkan dalam troli untuk dipindahkan ke dalam bot .. masa ngah nak tunggu bot bergerak, aku murahkan hati aku untuk sedekahkan roti and biskut kat ikan² comel tu .. best nye dapat bagi dorang makan! bile time datang penyerang atau penguasa laut tu .. sume ikan kecik lari bertempiaran .. haha .. lumrah alam~


Lepas pusing² keliling pulau .. akhirnya kitorang sambung perjalanan untuk ke jeti Mersing .. redah la lagi 4 jam tue .. haih ..


Lepas beberapa jam .. jejak la kami ke darat .. melarikan diri menuju ke food court .. sebab dah lapar sangat .. beli² cenderahati .. pastu naik bas cabot balek koLompo pulak ..


Selepas lena tidur, akhirnya sampai la jugak kami kat Bandar Sunway .. nengok² jam dah kul 11.00pm lebih .. wahh .. sangat jauh perjalanan kami! tapi itu lah yang dinamakan pengembaraan .. haha .. main tibai jek .. takpe .. yang penting happy sepanjang holiday!



Penat bercerita .. penat menaip .. akhirnya sampai jugak penghujungnya .. haha ..
THE END.

yg gedix tu la aku . haha!


19 July 2011

Aku .. Dia .. dan KLIA ~

18 July 2011 - Due Date !


huu ~ cedey ar rini ... setelah sekian beberapa hari aku kire , akhirnya sampai jugak hari yang dimaksudkan! si dia mule meninggalkan Malaysia .. 'bye-bye Malaysia' .. katenye .. haih!



Tapi nak kata sedih sangat tu tadek la .. sedih hanya sebab si dia jauh ngan aku .. sedih sebab dah tadek lagi Bintang yang nak teman aku setiap malam .. sedih sebab dah tadek lagi meset 'sayang . jom solat' tiap kali masuk waktu Subuh .. sedih sebab dah tadek lagi orang nak ingatkan aku jangan tinggal solat .. sedih sebab dah tadek lagi orang nak buat aku merajok .. huwaa ~ cedey nye! 


Dalam sedih² aku turut rasa gembira .. sangat gembira! [ekk?! macam mane tu?] mesti la gembira sebab si dia dapat pergi tunaikan ibadah umrah .. siape yang tak bahagia .. hehe ..


**********


7.00pm ++

Sampai la aku kat KLIA selepas bersesak-sesak kat dalam komuter dari Setia Jaya ke Bandar Tasek Selatan .. [macam sardin tau!] pastu teruskan perjalanan dengan ERL ke destinasi yang nak dituju ..


Aku ingatkan aku yang lambat sampai .. rupa-rupanya aku sempat makan McD dulu okay .. baru la diorang sampai .. cett! hampehh~


Agak tekejut jugak la aku sebab si dia buat kejutan yang tak diminta .. tengah sedap melayan air Coke .. tetibe pulak datang secara mengejut .. kalau bagi salam dulu takpe jugak .. nie datang tetibe tepuk meja makan aku .. aku pulak blurr sekejap .. haha .. nasib tak tesembur .. buat malu jek weyh! Aku terkejut untuk kali kedua .. sebab ape?! sebab boleh pulak baju nak matching! janji ke hape nie weyh?! ahaa ~ itu la yang dinamakan 'kebetulan' .. haih, kalau dah jodoh nie memang ade je la petandanya .. hahaha .. >.<


Okay .. habis cerita pasal makan .


Seiring berjalan aku dan dia menuju ke tempat geng lain melepakkan diri .. surprise! haha .. masing² pelik dan terkedu [wahhh!] bila nengok kehadiran aku .. tertanya-tanya dorang ape aku buat kat KLIA tue .. haha .. rilex r ... jalan² maaa ~ ini kL wa pegang [obses kL gengster] .. hahaha .. 


[tik tok tik tok . . .]


Jam randik berdetik semakin cepat .. semakin cepat jugak la masa nak berlalu .. semakin sedih la aku sebab masa pertemuan semakin singkat .. huwaa! dan masa yang singkat itu aku guna sebaiknya .. bergaduh, bersepak terajang sekejap ngan die .. [hebat!] sorokkan rasa segan walaupun sahabat dan keluarga makcik nye ade kat situ .. bergambar, berceramah, berpujuk-pujuk [ayat macam rase nak tampar jek], dan macam² ber- lagi lah!


'anak kite' katanye!



09.00pm ++

Masanya sudah tiba .. kaki terasa longlai [poyo!] masa hantar die ke pintu gate departure tue .. alar macam dalam drama² tue ... sedih tau! cuba kuatkan diri untuk tak menitiskan air mata .. si dia tak habis² suh sahabatnye balik dulu, angkut aku sekali .. 'nanti budak nie (aku) nangis' katanye .. hampehh la sayang nie .. orang kuat kot! sampai la lambaian die dah tak nampak kat mata aku .. baru la kami gerak balek .. [sayu~] 



10.00pm ++

sahabat


Selamat la aku sampai rumah .. bukan naik transpot awam macam aku pergi tadi .. tapi aku dihantar oleh Mohd Syauqee (sahabat si dia) .. tue pun selepas aku dipaksa oleh si dia .. 'tolong la ayu .. plisss pliss .. kali nie je dengar cakap aku' .. dengan buat muke die yang konon macam hamtaro tu .. rase nak lempang jek .. hmm .. 'yer la sayang' [dalam hati aku] .. bukan ape, aku tanak menyusahkan siapa² .. saya tau awak sayangkan saya .. hehehe .. :)





Aku dan si dia ber-tett.tettt.tettt.tettt and gayut sampai mana yang boleh .. selagi die tak naik kapal terbang .. selagi tue rasa tanak pisah komunikasi ngan die .. saya rindu awak!


dan last meset aku terima dari si dia jam 12.31am .. time tue si dia baru landing kat Bangkok .. tableh meset banyak, telalu mahal katanye .. dan akhirnya masing² meninggalkan kata azimat .. dan henpon aku pun mula sunyi .. zzZzz ~





p/s : selamat menunaikan ibadah umrah sayang . semoga sayang selamat sampai destinasi dan selamat pulang ke Malaysia .. tak henti² doa ku kirimkan dari sini .. and i miss u damn much!


13 July 2011

Belated story of 09 March 2011

Happy Birthday to you ...
Happy Birthday to you ...
Happy Birthday to Ayu ...
Happy Birthday to you ...



[ keplek . keplek . keplek ] bunyi tepukan gemuruh disertakan dengan teriakan 'wuuuuhhhh' ...



Happy birthday ayu .. happy birthday ayu .. happy birthday uchuk .. ayu!! happy befday .. happy befday seri .. happy befday ... [bla.bla.bla ~



**********


haha ... so dah dapat agak la kan ... tarikh 09 march tu tarikh ape? hehe .. memang terasa hari itu adalah aku yang punya ... megah sungguh rasa di dada .. ahakz!



yahh~ macam² yang happened terjadi masa 09 march tu .. aku gaduh, aku sedih, aku nangis, aku ketawa, aku ceria, aku belagak, dan macam² aku lagi lah .. pelik jugak sebab terasa banyak sungguh karier karakter aku time tu .. nape camtu ekk?



Perkara yang paling best nye .. mr.Boyfren aku nyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk aku .. walaupun hanya via phone, tapi irama suaranya yang bagaikan cengkerik di sebalik bunga lawang lalang tu sangat cukup menghiburkan hati aku .. dah cukup buat aku senyum melebihi telinga .. haha .. tapi sebelum tu, aku melalak nangis [tanpa dia sedar] sebab die tanak nyanyi .. sedeh babe!!



Hari esoknye, terasa lemah semangat sungguh nak pegi kolej .. haha .. sesampai je kolej, perkara yang paling best .. asal jalan jek, orang wish befday .. asal menapak sikit jek, orang wish befday .. agak terasa bosan la jugak ngan ayat aku sendiri "hee~ thank u .." ... "hee~ arigato thnks ..." haiyoo .. nak balas ayat lain, tatau pulak nak cakap ape .. lantak~



Bukan tue jek .. masa kelas Event Management .. budak² kelas siap nyanyikan lagu befday jugak .. banyak kali sangat dorang nyanyi befday wish tu, sampai aku pun tak tau untuk ape sape lagu tu .. agak naik semak jugak la telinga kepale nie ... haha ..



And disebabkan ari tu ari special aku jugak la .. aku buat otai kepale kt klas Statistical Technique ... kalau boleh sume solan tutorial aku nak buat kat black white board tu .. tadak peluang untuk yang lain .. hehe .. sampai ade la orang tu kate .. "ye la ayu .. buat la sume solan tu .." ade jugak sore .. " hmm .. tape .. arini ari born jadi die .. biarkan je die ..." hahaha .. gelak je la yang aku mampu ... hihii ~



**********


Malam menjelma .... dihiasi dengan bunyi serigala burung antu yang ntah dari mane datangnye ..



Jeng jeng jeng .. aku memang dah agak akan ade kezutan untuk aku .. so dah tak jadi kezutan la kan?? hahahaha ... just aku tatau je camne bentuk tekezut surprise tu .. tebalik? tetonggeng? tegak? melintang? entah .. tunggu je la yang mampu ...



Petang tu [after class] memember umah masing² sebok nak mayap kuar .. ade yang nak jumpe boyfren la, nak gi shopping laa, nak tu la ni laa .. aku nak ikut? "takbleh ..!" kate mereka .. [huh! kejam ..] hati berkata ..



tik tok tik tok tik tok .... jam menapak bergerak dengan perlahannya umpama ulat gonggok nak panjat pokok ..



tibe² memember balek .. tetibe jugak Cik Tipah sorang ni datang bilik ngamuk² .. konon gaduh laa .. yang sorang lagi Cik Gayah datang bilik tutup lampu & aircond kipas, kononnya bilik aku ni hot sejuk sangat .. yang bab tutup² ni memang aku tak dapat tangkap ape² sebab memang betul pun bilik sejuk .. hehe .. tibe² lagi .... aku nampak cahaya sinar lilin akibat biasan dari pintu bilik aku ... haha .. kek dah datang!!! lagu "happy befday" pun berkumandang ... hehe .. tapi ..... korang nengok ape yang tertera tertulis kat atas kek tu ..!!



Happy Birthday Kak Limah! haiyoo~



haa .. camne?? sweet and sour kan kawan² aku tu .. aku sayang giler kat dorang .. sebab nie laa ... huh .. pastu .. party pun bermula ... hihi ..


**********


Malam semakin gelita gelap .. [padahal baru kul 9.00pm ++]  


Air mata aku menitik semakin deras laju .. tibe² ... sebab .. tadek satu pun mesej atau col dari family aku wish befday .. ntah dorang telupe ke ape ke .. ntah laa ..


aku antar mesej berirama merajuk kat mama .. cakap yang tadek sorang pun antara dorang wish befday anaknye nie .. time tu jugak laa fama dorang col .. aku? jangan harap aku nak angkat phone tu .. tapi nak wat cmne .. ego aku tadek la setinggi Gunung Ledang Fuji .. time cakap kat fon tu .. aku melalak menangis la weyh! tesedu-sedan haa .. boleh pulak .... mama pun sampai ikut nangis sebab anaknya kat sini ntah hape² ... hee~ jahat kan aku??


**********


hmm .. tue laa .. macam² personaliti emosi aku time ari tu .. tapi takpe .. ia nya tetap kenangan indah buat aku ... >.<





p/s : adik aku si comot bongsu tu perli aku sampai arini .. "akak namo merajok tau .. namo nangis² .. " cehh! asam nye budak kecik ...