27 April 2012

Research kat Kuala Gandah (26 Nov 2011)

Okay, pasal jalan-jalan lagi ~

Kali nie kita pegi Kuala Gandah pulak. actually ni untuk subject yang aku amek -- Sustainable Tourism.

Motif pegi tempat ni? untuk buat research lor ~ 
research pasal gajah ??? Bukan !!! research pasal macam mana nak sustain kan tempat ni, and segala-galanya lah~ haha.

kalau nak Google, cari Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary.
lokasi dia kat Lancang, Pahang. Lebih kurang 2 jam je kalau drive dari Kuala Lumpur.

ape yang menariknya kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ni?
ada beberapa aktiviti menarik yang pengunjung boleh buat sepanjang kat sini. aktiviti mandikan gajah, naik gajah and bagi gajah makan. 

untuk aktiviti naik gajah, ia hanya limit untuk 50 orang terawal sahaja kot? tertanya-tanya jugak aku kenapa limit. mungkin sebab gajah tu akan mula berasa penat dan bosan sebab asyik pusing-pusing kat situ jek. mesti gajah tu akan sakit pinggang jugak kan sebab ramai sangat yang naik atas dia? saiz orang yang naik pun ada macam-macam. hahaha >.<

ni sign board ke Kuala Gandah

gajah dibawa jalan-jalan dulu :)

geli-geleman!
para pengunjung :)
gajah dimandikan sebab kotor woo~
budak kecik pun berani okay ~ :p
okay, tunggu turn!
takut ... :(
cover cuak tuhh!
snap picture dengan si comel pulak ~
jom shopping! >.<

okay, actually hari yang kitorang pergi ni tadek aktiviti mandi dengan gajah sebab baru lepas hujan. so air sungai agak tak selamat untuk kami kot .. hehe .. 

tempat ni buka setiap hari, dari jam 08.00am sampai 04.30pm .. tapi pengunjung lebih elok datang jam 12.00pm sebab aktiviti mula jam 02.00pm .. 

sangat best!!

No comments:

Post a Comment