27 April 2012

Research kat Kuala Gandah (26 Nov 2011)

Okay, pasal jalan-jalan lagi ~

Kali nie kita pegi Kuala Gandah pulak. actually ni untuk subject yang aku amek -- Sustainable Tourism.

Motif pegi tempat ni? untuk buat research lor ~ 
research pasal gajah ??? Bukan !!! research pasal macam mana nak sustain kan tempat ni, and segala-galanya lah~ haha.

kalau nak Google, cari Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary.
lokasi dia kat Lancang, Pahang. Lebih kurang 2 jam je kalau drive dari Kuala Lumpur.

ape yang menariknya kat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ni?
ada beberapa aktiviti menarik yang pengunjung boleh buat sepanjang kat sini. aktiviti mandikan gajah, naik gajah and bagi gajah makan. 

untuk aktiviti naik gajah, ia hanya limit untuk 50 orang terawal sahaja kot? tertanya-tanya jugak aku kenapa limit. mungkin sebab gajah tu akan mula berasa penat dan bosan sebab asyik pusing-pusing kat situ jek. mesti gajah tu akan sakit pinggang jugak kan sebab ramai sangat yang naik atas dia? saiz orang yang naik pun ada macam-macam. hahaha >.<

ni sign board ke Kuala Gandah

gajah dibawa jalan-jalan dulu :)

geli-geleman!
para pengunjung :)
gajah dimandikan sebab kotor woo~
budak kecik pun berani okay ~ :p
okay, tunggu turn!
takut ... :(
cover cuak tuhh!
snap picture dengan si comel pulak ~
jom shopping! >.<

okay, actually hari yang kitorang pergi ni tadek aktiviti mandi dengan gajah sebab baru lepas hujan. so air sungai agak tak selamat untuk kami kot .. hehe .. 

tempat ni buka setiap hari, dari jam 08.00am sampai 04.30pm .. tapi pengunjung lebih elok datang jam 12.00pm sebab aktiviti mula jam 02.00pm .. 

sangat best!!

Cuti-cuti ke Bukit Malawati,Kuala Selangor!

Benda nie berlaku akibat daripada stress buat Project Paper. saje nak release stress okay. hahaha >.<

Project Paper?? okay, benda tu nanti aku akan explain (nanti tu maknanya next blog ar~)

Bukit Malawati . salah satu tempat menarik yang wajib and perlu dilawati. sebabnya??
sebabnya banyak bende bersejarah kat atas tuhh ~
satu lagi tarikan utamanya - silver leaf monkey atau lotong?! yeayyy ~. . . . . .

jangan risau .. mereka tak ganas or kasar okay . sangat jinak and boleh dibelai macam kucing! haha. Tak percaya? haaa nengok sendiri bawah ni . aku dan group member aku dah buktikannya . >.<

ini beruk. dengan dorang jangan main-main. tak jinak punye :p

ini view yang boleh dilihat dari Bukit Malawati :)

haaa ~ ni la silver leaf monkey tu :) yang oren tu baby die . pelik? hehe

haa ~ banyak kan? budak ni dh macam pengembala monyet dah . hahah
kami beli sayur kacang bagi monyet tu makan. memang ade jual kt atas..
tempat berteduh :)
mengunyah di depan rumah api :)
haha , Ika mangsa pertama!
yeayy , panjat-panjat ~ >.<
okay, itu aku!!
pasrah! panjat la selagi korang boleh :p
haha . itu Mack!
Mack yang tadek perasaan :(
kucing kat umah aku pun tak gedik camni!

tumpang kereta yer ~
sorang sekor :p
tourist :)




Tamat sudahh ~ okay, untuk info korang .. Bukit Malawati nie buka setiap hari. kat atas ni banyak lagi attraction lain termasulah muzium tentang Kuala Selangor, muzium permainan traditional, Makam kerabat diRaja, meriam api, and macam-macam lagi .

Isnin - Jumaat : kereta boleh bawak sampai atas bukit. free tanpa sebarang bayaran.
Sabtu - Ahad : kereta tak boleh naik atas. pengunjung kena naik keretapi yang disediakan. RM5.00 saje sorang .. tadek had limit untuk korang berada kat atas tuhh :)

Trip ke Bukit Broga (25 April 2012)



Ini satu kerja gila!
kawan² lain sibuk buat publisher and project paper, kitorang pulak sempat curi masa pegi main panjat². haha!

Destinasi kitorang - Bukit Broga . . .
Okay, "kitorang" tu -- aku, Linda, Shaufi, and Syaufiq (clazmate aku)

Plan nak gerak dalam jam 4.30am. Tapi al-maklumlah, memang takde nye tepat 4.30am. so, dalam kul 5am lebih baru gerak dari Bandar Sunway.

okay, Bukit Broga tu kat mana?
Bukit Broga tu kat Semenyih . . . Semenyih tu kat mana? Semenyih tu kat kawasan Kajang . . . Kajang tu kat mana pulak? Kajang tu kat Selangor . . . . kalau masih tak tahu jugak tempat tu kat mana, senang citer apa kata Google sendiri? erghhh ~ =.=

Okay, bawah nie gambar² pemandangan di Bukit Broga :)
masa nie tak ramai orang sebab kitorang pegi hari Rabu. kalau daki hari weekend, konpem penuh Bukit Broga ni :D


 
berehat sebentar .. letih!
 
Shaufi & Syaufiq :)



Cakk ! menyelit jap . haha >.<
okay, jom sambung mendaki ~



yang ni 1st stage Bukit Broga ..


yang ni view dari 1st stage, if x silap larr ~
okay, jom move ke 2nd stage! :)

haha >.<


sementara menunggu matahari terbit


































Matahari dah keluar!!

kami berempat :)

snap single :)

view bawah :D

menikmati keindahan . haha >.<

Keindahan alam :)

chit-chat :p






14 January 2012

Jantan ke Betina?

"patah tumbuh hilang berganti" - hah, ni lah kot perumpamaan yang paling sesuai untuk aku gunakan.

yer laa, Momot si kucing betina aku yang gila gedik tu aku tinggalkan dia kat johor. malas aku nak angkut dia ke hulur hilir, ulang-alik KL-JB-KL, nak mengalahkan aku pulak pengalaman jalan² dia tu.

sampai je aku kat umah Sunway ni, entah mana muncul pulak anak kucing yang pernah aku jaga dulu. muncul lagi sekali! dulu lepas aku mandikan dia je, terus tak datang lagi dah umah aku. serik ke merajuk gamaknya? 

**********
alololor, tergedik-gedik bercampur ala² manja dia tu sambil menggesel-gesel kat aku. alaahai, aku rasa nak tampar pun ada kat budak kecik nih. nasib baik la kau ada modal dengan muka comel kau tu kan.

tanpa berfikir panjang aku pun jemput la si kucing kecik tu masuk umah aku yang agak bersepah ni. malu aku dengan 'tetamu' aku tu. entah² pale otak dia dok kata umah dia lagi bersih dari umah aku. hampehh~

**********

aku belek² muka kucing tu. hmm, comel jugak kau nih. detik kata hati aku.

" Fifi .......... "

entah kenapa aku nak sangat bagi nama Fifi tu kat dia. mungkin sebab muka dia macam betina kot. konpem betina! memandai aku je kan judge dia dari luaran. hahaha!

**********

" Fifi buat ape tuhhh ..... "

tak layan ~

hampeh punya kucing. orang ngah cakap dengan dia, dia boleh buat dek je?! syok sangat la tu bersihkan bulu² dia tu. konon dah bersih sangat la tuh? [geram aku tak dilayan]

ehh, aku rasa aku ternampak something je nihh.

"laaaaahhhh, jantan ke?!!" - bermonolog aku dalam nada yang menjerit plus terkejut.

hampeh betol la.. muka sikit punya macam betina, warna bulu pun, ekor pun panjang plus lentik pula tu, sebiji macam betina! sekali kau jantan yer kucing? tapi aku panggil Fifi layan pulak kau, tu nama untuk betina la!

dah tak pasal² kucing jantan aku bagi nama macam betina. hmm, ape aku nak tukar nama dia nihh? karang kalau tukar nama lain, tak toleh pulak kau. adoii~ 

takpa lah, aku tukar dari Fifi ke Loffi. taram saja lah, yang penting ade bunyi 'fi' kat belakang tu.

haa tu laa ~ yakin sangat yang dia tu betina, judge dari luaran. kan dah padan muka aku. hampeh!

**********
hidup lah berbahagia si kecik ni kat umah dengan aku. makin buntat la perut dia tu, asyik makan je kerja. habis makanan Momot dibedalnya. mengamuk la Momot nanti bila tau aku ada kawan baru. haha!


 

13 January 2012

Business dan Angan-angan


Ligat la pulak kepala aku ni fikir pasal business. dah kenapa? belajar pun tak habis lagi. haishh! tapi okay la tu kan buat perancangan awal.

sekarang ni banyak sangat la pemborong² kat luar sana tu yang ligat cari pelanggan. siapa² yang berminat tu boleh la pergi hantar email ke, SMS ke, and blablabla cara lagi.

tapi kalau aku nak cari pemborong, mesti la nak kena beli kan barang dari dorang secara borong? tapi mana aku ada modal nak borong barang² depa tu.. aku belajar ni pun FAMA yang sponsor. mana ade peluang aku nak save duit belanja aku untuk modal berniaga ni.. hishh! 

**********

www.majalah.com

haaaa ~ penah dengar tak laman web ni? bak kata housmate aku, kat sini macam² ada. kata kau!

aku try buka, scroll ke bawah, bawah lagi, belum jumpa, bawah lagi.

hah! jumpa dah jumpa dah.....

-DROPSHIP-

macam² jenis perniagaan ada. macam² pemborong ada. macam² barang ada. kira betol la kata akak umah nie, macam² ada~.... astro pun kalah!

tapi satu masalah pulak. pening aihh kepala hotak aku nak pilih mana satu. 

**********

cuba salah sorang pemborong ni. ada lebih kurang 500 barang yang dijualnya. kata kau! bukan kata aku tu.. 

buka laman web dia, pastu cari macam mana nak jadi agent.

aisehhh ~ kene bayar 50 hengget pulok! sekali seumur hidup katanya. habis kalau aku dah bayar tapi takda benda yang aku berkenan nak promote, dapat balik ke duit aku tu.. kene fikir jugak ni kan?

**********

malas nak fikir dulu. aku nak habiskan study aku semester ni dulu. lepas tu kalau ada duit lebih baru la aku boleh pertimbangkan balik tentang angan² aku nak jadi business women tu. haha! angan² pak kadok je nihh . ehh, betol ke perumpamaan aku tuh? hentam sajalah ~





  

11 January 2012

Tak suka , Tapi Mahu !!

Okay , selamat kembali !
haha .. dah lama sangat dah aku bercuti dari menaip blog nihh . agaknya dah macam² jenis lelabah singgah buat rumah kat blog aku nihh . hahaha !

humm ... ntah ape yang suke tak suke nye kat tajuk aku tuh? 
haha .. pasal handphone la ... aku nak buka citer pasal handphone yang ..... emm .. yang aku tak suke sebenarnye , tapi tiap kali aku nampak kat mane² handphone tu , mesti aku geram . mesti punye lah!

haaa ~ handphone ape??



oh my guch! 
sakit hati tau tak? walaupun aku tau agak terlambat sikit laa aku tertarik dengan handphone tu .. so what ??
aku sangat la tak suke dengan handphone yang button tak cukup besar tuhh . pastu nak banyak² button pulak kat situ .. pehhh ! giler leceh la nak menaip time driving or makan . ade lagi , giler ramai yang pakai handphone tamak button nie .. bosan okay nampak sana sini ~ [munasabah kan?]

TAPI ..........
humm .. tak tahu lah nape aku boleh terjatuh hati pulak dengan bende tuhh . nie sume pereka handphone tu punye pasal ! saje kan nak aku buang duit aku untuk beli ciptaan kau tuhh?! okay , sangat hampehh ~ =.="

hmm .. so camne? 
tu laa .. lain kali jangan sebut perkara yang kamu tak suka , kan dah terbalik jadinya ... padan muke kat aku la kan? hampehh lagi skali ~








:: okay , bagi aku harga yang paling baik . aku akan pertimbangkan . :)